Monday, July 13, 2009

Butterfingers fenomena sementara?


Hai semua, kali ni aku nk celoteh psl music pulak. Aku nk celoteh dan beri pandangan tentang band tempatan paling banyak memberi impak kepada para remaja suatu masa dulu; Butterfingers. Aku rasa semua budak muda dan umur pertengahan kenal Butterfingers sebagai mana kita kenal band otai seperti Search dan Wings.

Pada sekitar hujung 90'an dan awal 2000 Butterfingers telah banyak memberi inspirasi kepada band2 underground tempatan dan para pendengar muzik. Aliran muzik grunge yg mereka berikan nama sendiri iaitu butter music itu berjaya menarik minat remaja2 sehinggakn setiap simpanan mp3 di pc atau laptop mereka ada lagu Butterfingers, xcaye cek satu2 pc diorg. Paling koman mesti ada satu atau dua lagu. Aku xyh ckpla, full set, smua lagu mp3 Butterfingers aku simpan.

Fenomena kegilaan remaja terhadap Butterfingers semakin merudum, masing2 bg pendapat masing2 punca kemuruduman mereka. Aku ada pendapat aku sendiri.. Bagi aku punca utama kenapa Butterfingers mnjadi top suatu ketika dulu adalah kerana rentak muzik dan bahasa yg diorg gunakan. Iaitu grunge post dan bahasa inggeris. Tak salah kalau nk buat album melayu, tp tolongla selit satu dua lagu bonus bahasa inggeris dgn rentak grunge post lama mereka. Walaupun muzik Butterfingers sekarang semakin mantap dari segi kod gitar dan melodi, tp rentak mereka tidak dapat lg memukau audience seperti mana mereka memukau peminat dulu. Tak semestinya kod gitar makin ssh nak main makin sedap dilayan, cuba tgk Nirvana, kod simple2 je tp alunan muzik dia tetap memukau sampai sekarang, sama mcm album Butterfingers dulu2, aku still dgr dgn penuh kusyuknya.. Aku paham butter music semakin berubah ke arah pop-grunge, tp jgnla tgl konsep2 lagu legend korg. Kami terlalu rindukn lagu2 macam Royal Jelly, Naive sick chasm, Delirium, Chemestry dan sebagainya. Aku tau sebahagian dari korg mmg mahukan penangan Butterfingers yg dulu.

Aku harap Butterfingers kembali menyinar setelah kembali berehat utk beberapa tahun ni.. All the best to Butterfingers.. chow..

No comments:

Post a Comment